Dua Beradik Perempuan Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Kalabakan-Sapulut

Keadaan kereta selepas terbabas di Jalan Kalabakan-Sapulut hari ini – Foto BESTAWAUfm

DUA BERADIK PEREMPUAN MAUT, KENDERAAN DIPANDU IBU TERBABAS KE GAUNG

TAWAU; 12 JUN 2019 (Rabu) – Adik-beradik perempuan maut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan apabila kereta jenis Pajero yang dipandu ibunya terbabas di Kilometer 56, Jalan Kalabakan Sapulut, pagi tadi.

Kemalangan pukul 8 pagi tadi menyebabkan Nur Halisa Sufiyya Resmanshah, 7 tahun dan Nur Syaakur Safiyyah Resmanshah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter AK Umbuas dalam kenyataan media berkata, pemadu bersama suami dan tiga anaknya sedang dalam perjalanan menuju ke Labuan dari Tawau sebelum terbabit kemalangan.

Siasatan awal mendapati, pemandu dipercayai terlelap menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terjatuh ke dalam gaung sebelah kiri sejauh 11 meter dari bahu jalan.

Kemalangan menyebabkan dua penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan dan maut manakala pemandu dan suami serta Seorang lagi anak lelaki berumur satu tahun empat bulan cedera ringan.

Menurut ACP Peter, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *