Dadah: Polis Tahan 11 Individu Di Telipok Ria Dan Di Sekitar Tuaran

Antara dua individu yang berjaya ditahan pihak polis. – foto IPD Tuaran

Dadah: polis tahan 11 individu atas pelbagai kesalahan

TUARAN, 10 Jun – Seramai 11 individu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 di sekitar daerah ini dalam tempoh seminggu bermula 3 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim berkata tangkapan itu dijalankan dalam Ops Tapis dan Ops Sarang bagi mengekang masalah jenayah dan dadah di kawasan berkenaan.

Antara dua individu yang berjaya ditahan pihak polis. – foto IPD Tuaran

“Tumpuan operasi di sekitar  taman perumahan Telipok Ria, Taman Sri Rugarding dan Kampung Bakut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Hamizi berkata semua individu yang ditahan itu berumur antara 25 dan 45 tahun.

Jumlah rampasan dadah jenis syabu seberat 6.42 gram dianggarkan bernilai RM963.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *