Satu Maut Kereta Bertembung Pikap Di Jalan Ulu Kukut, Kota Belud

Maut kereta bertembung pikap

Lelaki maut manakala rakannya parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung kenderaan pacuan empat roda di Jalan Ulu Kukut, Kota Belud, hari ini.

Dalam kejadian 4 petang itu, Mohd Fakri Awang, 22, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya, Fazrul Azha Ashiri, 21, parah dan kini dirawat di Hospital Kota Belud.

Lelaki maut manakala rakannya parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan pikap di Jalan Ulu Kukut, Kota Belud, hari ini. FOTO Recqueal Raim

Pemandu kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max yang dikenali sebagai Joe Walker Kinsun, 38, turut cedera dan dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk mendapatkan rawatan.

Foto Ihsan Pembaca

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Rozlan Osman berkata sebaik menerima panggilan berhubung kejadian, lima anggota dikerah ke lokasi serta sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Foto Ihsan Pembaca

Beliau berkata, dalam operasi menyelamat yang dibantu tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela, pihaknya mendapati dua mangsa dalam kereta Kia Spectra tersepit di bahagian hadapan.

Foto Ihsan Pembaca

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan hidraulik. Bagaimanapun, seorang daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang tiba di lokasi.

“Pemandu pacuan empat roda pula dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Rozlan, kejadian turut mengakibatkan kesesakan jalan raya hampir satu kilometer apabila lebih 50 kenderaan terpaksa berhenti untuk kerja menyelamat dan mengalihkan kenderaan terbabit dalam kemalangan. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *