PPM Kudat Rampas 1,870 Karton Rokok Seludup

Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

KUDAT, 04 Jun 2019 (Selasa) – Cubaan seorang lelaki warga tempatan menyeludup masuk rokok dipercayai tidak bercukai gagal apabila kenderaan yang dinaiki saspek ditahan dalam satu operasi ‘Ops Landai Khas’ oleh Pasukan Polis Marin Kudat bertempat di kawasan terminal feri Kudat pada 12.30 tengahari kelmarin.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali berkata, “Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun oleh sepasukan dari Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin Kudat telah menemukan sebanyak 187 karton rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai dengan nilai anggaran berjumlah RM86,950.00.” Turut dirampas, sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner dan beberapa barangan milik saspek. Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM186,650.00.

Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Tangkapan dan barang-barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *