Lapor jika ada pegawai minta bantuan kewangan

SANDAKAN: Kegiatan mengumpul dana untuk membiayai majlis perayaan membabitkan pegawai dan Ketua Polis Daerah (KPD) tidak berlaku di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata arahan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengenai larangan mengumpul dana sudah diedarkan kepada semua ketua jabatan dan KPD di negeri ini.

Katanya, orang ramai juga boleh melaporkan kepadanya atau terus kepada Bukit Aman jika ada maklumat mengenai kegiatan pegawai polis yang meminta bantuan kewangan untuk apa saja tujuan.

“Arahan ini perlu dipatuhi oleh semua pihak bagi mengelak tindakan tegas diambil termasuk ditukarkan.

“Setakat ini, kegiatan mengumpul dana untuk membiayai perayaan tidak terkesan (berlaku) di Sabah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Abdul Hamid mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai dan KPD termasuk ditukarkan jika melakukan pengumpulan dana untuk membiayai majlis sambutan perayaan.

Arahan itu dikeluarkan susulan rungutan dalam kalangan anggota yang mengatakan masih ada pegawai kanan, termasuk KPD mengarahkan mereka keluar membuat kutipan sumbangan daripada individu dan syarikat. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *