20 Hilang Tempat Tinggal Enam Buah Rumah Hangus Terbakar Di Kota Marudu

KOTA MARUDU, 3 Jun – Enam buah rumah hangus terbakar dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Tondiq, di sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian kecemasan MERS 999 kira-kira jam 12.19 tengah hari, hari ini.

Salah satu daripada rumah yang musnah terbakar di Kampung Tondig, Tandek hari ini.

Dalam kejadian sekitar tengah hari tadi berlaku kebakaran di Kampung Tondig melibatkan 6 buah rumah penduduk dan beberapa kenderaan musnah dijilat api.

Difahamkan angin yang agak kencang menyebabkan api laju merebak ke rumah berdekatan sementara menunggu ketibaan pihak bomba,penduduk kampung bekerjasama untuk mengawal api daripada merebak ke rumah penduduk lain.

“Balai Bomba Penyelamat Kota Marudu digerakkan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Kampung Tingkalanon untuk respon ke tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.

Menurut PGO, kebakaran itu dapat dikawal sepenuhnya pada jam 2 petang, dan tidak melibatkan kematian mahupun kecederaan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

978