‘Polis Boy’ Ditahan Di Tawau

Suspek (duduk) ditahan ketika cuba melarikan diri Kampung Dumpas, Tawau

POLIS BOMBALAI TUMPASKAN “Polis Boy” KURANG 24 JAM

TAWAU, 01 JUN 2019 – Sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bombalai dan dibantu oleh anggota Polis Bantuan telah berjaya membuat tangkapan seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dikenali dengan nama “polis boy” sekitar jam 1.45 petang tadi di kawasan kedai Dumpas,Tawau.

Setelah memperkenalkan diri sebagai anggota polis, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan.

Foto Polis Daerah Tawau

Siasatan awal suspek telah mengaku telah memperdayakan mangsa untuk dapatkan wang dengan menyatakan ia boleh membebaskan tangkapan dengan membuat bayaran padanya.

Suspek dan barang rampasan telah dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber : Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *