Dr Mahathir hadiri majlis iftar di Kota Kinabalu

TUN Dr Mahathir diiringi Shafie Apdal bersalaman dengan orang ramai, di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. – Foto Edmund Samunting

KOTA KINABALU: Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi menghadiri Majlis Iftar Bersama Perdana Menteri di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, di Likas, di sini.

Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Selepas berbuka puasa pada jam 6.28 petang, Dr Mahathir, Mohd Shafie dan jemaah menteri beragama Islam serta orang ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong, Datuk Madius Tangau dan Datuk Christina Liew serta Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar.

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan Waytha Moorthy serta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *