Kenderaan Dipandu Jururawat Terbabas Dan Terbalik Di Jalan Kunak-Tawau

Keadaan Kereta Dipandu Jururawat Terbabas Dan Terbalik Di Jalan Kunak-Tawau – Foto Facebook

KENDERAAN DIPANDU JURURAWAT TERBABAS, TERBALIK

TAWAU; 1 JUN 2019 (Sabtu) – Dipercayai memandu secara laju, kereta dipandu jururawat hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di kawasan ladang sawit di Kilometer 63 Jalan Tawau-Kunak, tengah hari tadi.

Pemangku Ketua polis Daerah Tawau, Supritendan Nor Azizulkifli Mansor dalam kenyataan berkata, dalam kejadian pukul 12.20 tengah hari, bagaimanapun wanita berumur 29 tahun itu mengalami luka-luka kecil di tangan dan lebam di bahagian kepala.

Keadaan Kereta Dipandu Jururawat Terbabas Dan Terbalik Di Jalan Kunak-Tawau – Foto Facebook

Difahamkan, semasa kejadian, mangsa 
dalam perjalanan dari Hospital Kunak menghala ke rumahnya yang terletak di Batu 4 Jalan Apas, Tawau.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu dengan laju kenderaannya ketika melalui jalan selekoh yang rosak telah hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum terbalik.

Siasatan masih diteruskan mengikut Rule 10 LN 166/59.

Sumber : #BESTAWAUfm

Keadaan Kereta Dipandu Jururawat Terbabas Dan Terbalik Di Jalan Kunak-Tawau – Foto Facebook
Keadaan Kereta Dipandu Jururawat Terbabas Dan Terbalik Di Jalan Kunak-Tawau – Foto Facebook
Keadaan Kereta Dipandu Jururawat Terbabas Dan Terbalik Di Jalan Kunak-Tawau – Foto Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *