Polis Penampang Tingkatkan Rondaan, Dekati Masyarakat Sepanjang Ramadan

MOHD Haris (tengah) mengetuai konvoi bermotosikal pada program pencegahan jenayah ‘Jom Ronda Sahur’. FOTO Ihsan IPD Penampang

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang meningkatkan rondaan di sekitar penempatan penduduk bagi mengekang kejadian jenayah sepanjang Ramadan ini.

Inisiatif itu dilaksanakan melalui program pencegahan jenayah ‘Jom Ronda Sahur’ yang dijalankan di seluruh Penampang dan dilancarkan semalam.

MOHD Haris (empat dari kiri) bersahur bersama-sama jemaah masjid pada program pencegahan jenayah ‘Jom Ronda Sahur’. FOTO Ihsan Polis

Dalam program itu, seramai 50 pegawai dan anggota berkonvoi kenderaan bermotosikal yang diketuai Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.

Program bermula kira-kira 2 pagi itu bergerak dari IPD Penampang menuju ke Balai Polis Putatan dengan penyerahan makanan sahur kepada pegawai dan anggota yang bertugas.

Seterusnya, konvoi Jom Ronda Sahur bergerak ke beberapa kampung di Putatan untuk membuat rondaan cegah jenayah.

Ketika pasukan konvoi tiba di Masjid Duyuffur Rahman, Kampung Lok Kawi, Penampang, mereka disambut dengan paluan kompang oleh jemaah dan keadaan itu mengimbau sedikit nostalgia ketika dulu dengan berarak keliling kampung sambil bermain kompang bagi mengejutkan penduduk kampung sahur.

MOHD Haris (empat dari kiri) bersahur bersama-sama jemaah masjid pada program pencegahan jenayah ‘Jom Ronda Sahur’. FOTO Ihsan Polis

Pada program itu juga, IPD Penampang memberi sejadah dan Yasin sebagai sumbangan kepada Masjid Duyuffur Rahman.

Mohd Haris mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan penduduk kampung yang begitu di luar jangkaan dan berharap agar penduduk kampung komited dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan kampung.

“Selain meneruskan aktiviti pencegahan jenayah dengan menjalankan rondaan, program ini juga dapat mendekati masyarakat untuk sama-sama mencegah jenayah.

“Saya juga berterima kasih kepada pegawai perhubungan masjid kerana berjaya menjalin kerjasama bersama jemaah masjid bagi menjayakan program ‘Jom Ronda Sahur’,” katanya. – Harian Metro

FOTO Ihsan IPD Penampang
FOTO Ihsan IPD Penampang
FOTO Ihsan IPD Penampang
FOTO Ihsan IPD Penampang
FOTO Ihsan IPD Penampang
FOTO Ihsan IPD Penampang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *