Pengusaha kapal nelayan Sandakan diingat patuhi syarat permit pengecualian perintah berkurung

SANDAKAN, 28 Mei – Pengusaha kapal nelayan di Sandakan diingatkan untuk sentiasa mematuhi syarat Permit Pengecualian Perintah Berkurung yang telah ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar berkata antara syarat dalam permit itu ialah semua juragan dan anak kapal hendaklah mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, kapal dilengkapi alat perhubungan radio dan alat sistem pengenalan kapal automatik (AIS).

“Selain itu juga, pengusaha kapal hendaklah melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya menemui bot yang mencurigakan ketika berada di laut,” katanya dalam satu perjumpaan lebih 20 pengusaha kapal nelayan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan sini hari ini.

Mohd Azhar juga berkata sempena musim perayaan ini, Polis Diraja Malaysia tidak akan berkrompomi dalam soal menjaga keselamatan dengan sentiasa bersiap sedia setiap masa.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *