Dua Van Pelancong Antara Empat Kenderaan Nahas Dalam Kemalangan Di Jalan Sulaman

ANTARA kenderaan terbabit kemalangan itu.

Nahas Empat Kenderaan

EMPAT pemandu termasuk dua pemandu van pelancong bernasib baik kerana hanya mengalami luka selepas terbabit kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sulaman – Serusup berhampiran Pusat Latihan Rela Negeri Sabah (PLRNS) di Tuaran, semalam.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, semua identiti keempat-empat pemandu terbabit belum dikenal pasti.

ANTARA kenderaan terbabit kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, siasatan awal mendapati sebuah van pelancongan jenis Nissan Urvan dipandu dari arah Kota Kinabalu menghala Tuaran.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pemandu terbabit yang disyaki memandu dengan laju, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta jenis Perodua Viva.

“Impak kejadian menyebabkan van terbabit terbabas ke dalam parit, manakala hadapan kereta Perodua Viva mengalami kerosakan teruk.

“Hanya selang beberapa saat kemudian, sebuah lagi van pelancongan Nissan Urvan dari arah sama turut hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit selepas merempuh kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Ford Ranger,” katanya.

Mohd Hamizi berkata, hujan renyai menyebabkan permukaan jalan raya licin dan mujur semua kenderaan tidak membawa penumpang apabila sisi dan hadapan semua kenderaan mengalami kerosakan teruk.

“Pengguna kenderaan dinasihatkan agar memandu secara berhemah terutamanya ketika hujan yang menyebabkan jalan licin bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59,” katanya. – Harian Metro

ANTARA kenderaan terbabit kemalangan itu.
ANTARA kenderaan terbabit kemalangan itu.
ANTARA kenderaan terbabit kemalangan itu.
ANTARA kenderaan terbabit kemalangan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *