Polis Kota Kinabalu tahan tiga pemandu mabuk

ANGGOTA polis trafik menjalankan pemeriksaan dalam sekatan jalan sempena Ops Mabuk.

KOTA KINABALU: Ops Mabuk yang dijalankan bermula jam 1 hingga 6 pagi hari ini berjaya menahan tiga pemandu mabuk.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketiga-tiga pemandu terbabit didapati positif melebih paras alkohol dalam darah.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan jikan sabit kesalahan.

“Dalam operasi sama, sebanyak 10 keping saman pelbagai kesalahan dikeluarkan termasuklah empat saman kesalahan nombor pendaftaran kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang operasi itu seramai 31 orang dan 20 kenderaan diperiksa secara teliti dalam sekatan jalan raya di kawasan bandaraya.

Beliau berkata, usaha penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan bagi mengelak pemandu di bawah pengaruh alkohol. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *