Dua puluh lima anak yatim Labuan dibawa membeli-belah untuk raya

 Anak-anak yatim dari kira-kira10 kampung  bersama Mazlan (lima kiri, barisan kedua) bergambar bersama selepas pergi membeli-belah di pasar raya Utama Jaya semalam. — Gambar Bernama
SUMBANGAN: Anak-anak yatim dari kira-kira10 kampung bersama Mazlan (lima kiri, barisan kedua) bergambar bersama selepas pergi membeli-belah di pasar raya Utama Jaya semalam. — Gambar Bernama

LABUAN: Bagi mana-mana anak yatim, melihat sisi anak lain bergembira berhari raya dengan orang tercinta ada kalanya boleh membawa rasa sedih.

Dengan kehilangan ibu atau bapa, mereka mungkin tidak mendapat peluang berkongsi kasih dan sayang dengan ibu bapa.

Menyedari akan kesedihan mereka, Presiden Persatuan Pengimport dan Pedagang Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Labuan, Mazlan Datuk Mohd Din membuat keputusan untuk menganjurkan satu program untuk kanak-kanak berkenaan melalui pengalaman menyeluruh Hari Raya Aidilfitri.

Program yang dinamakan ‘Jom Shopping Raya Bersama Anak Yatim Labuan’, Mazlan meluangkan masa bersama-sama anak yatim dari kira-kira 10 kampung pergi membeli-belah di pasar raya Utama Jaya semalam.

Kanak-kanak itu diberi RM200 setiap orang untuk berbelanja baju dan kasut bagi merasai pengalaman membeli-belah untuk hari lebaran.

“Ini tahun ketiga kami menganjurkan membeli-belah untuk anak yatim terpilih dari 20 kampung,” kata Mazlan kepada Bernama.

“Kami telah lalui ini semua semasa zaman kanak-kanak kami… kanak-kanak akan selalu teruja apabila membeli-belah untuk Hari Raya.

“Sesetengah anak yatim ini tidak pernah melalui pengalaman itu dan sebab itulah kami membawa mereka ke sini untuk merasai dan melalui pengalaman itu.

“Mereka mungkin tidak dapat merasai kasih sayang daripada seorang bapa atau ibu semasa Hari Raya, jadi kami ingin pikul tanggungjawab itu untuk membuatkan mereka gembira,” katanya.

“Rasa sungguh gembira bila melihat senyuman terukir di wajah mereka… sekurang-kurang ini yang dapat kami lakukan untuk pengalaman gembira berhari raya,” kata Ketua Wanita PKR Labuan, Dayang Rusimah Rainey Datuk Mohd Din yang turut dalam program itu.  

Mazlan dan Rayney menemani kanak-kanak berkenaan dan memberi pandangan jenis pakaian dan kasut yang sesuai dibeli untuk Hari Raya.

Dengan menyorong bakul dengan penuh kesungguhan, ramai daripada mereka dilihat mendapatkan baju tradisional seperti baju Melayu, baju kurung dan jubah. Ada juga yang mendapatkan pakaian kontemporari seperti kemeja, baju-T dan kasut kasual. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *