Juhar dilantik Canselor UMS buat kali ketiga

MUSTAFA menyampaikan watikah pelantikan kepada Juhar. – Foto Universiti Malaysia Sabah

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahirruddin dilantik buat kali ketiga sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi tempoh empat tahun.

Pelantikan itu diumumkan oleh Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Juhar di Istana Negeri.

Dalam kunjungan itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk KY Mustafa menyampaikan watikah pelantikan yang telah ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Juhar.

Hadir sama ialah timbalan-timbalan Naib Canselor, Profesor Dr Rasid Mail, Profesor Madya Ts Dr Ramzah Dambul, Profesor Dr Ismail Ali serta pegawai-pegawai utama UMS.

Foto Universiti Malaysia Sabah
458