Pekerja pasar raya ditahan pecah amanah RM200,000

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang pekerja sebuah pasar raya di Penampang, di sini kelmarin selepas disyaki melakukan pecah amanah membabitkan wang syarikat berjumlah lebih RM200,000.

Suspek wanita berusia 25 tahun itu ditahan di Sandakan selepas menerima aduan daripada pengurusan syarikat berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sabah, Superintendan G Moses Govindarajoo, berkata suspek dipercayai tidak memasukkan wang hasil jualan syarikat lebih RM200,000 ke dalam akaun syarikat pada tahun lalu.

“Bagaimanapun, perkara itu hanya diketahui pihak pengurusan syarikat selepas hasil semakan di bank mendapati suspek memalsukan sembilan slip bank.

“Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh pengurusan syarikat berhubung perkara berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Moses berkata, suspek kini ditahan dan dijangka dituduh di mahkamah esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah,” katanya. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *