Sultan Haji Ahmad Shah mangkat

KUANTAN 22 Mei – Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan kemangkatan Sultan Pahang Ke-5, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi tadi.

Beliau melalui kenyataan rasmi dikeluarkan pejabat Menteri Besar Pahang berkata, Sultan Ahmad Shah disahkan mangkat jam 8.50 pagi tadi.

455