Kerajaan negeri terus perkasa peranan POIC Lahad Datu

SHAFIE (dua kanan) dan Madius (tiga kanan) menyaksikan Eugene (kanan) saling bertukar dokumen dengan Pang (tiga kiri) pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Pemilihan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu sebagai Pelabuhan Tender untuk minyak sawit mentah (MSM) membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, langkah berkenaan turut menunjukkan kerajaan negeri kini dalam pentadbiran yang betul.

SHAFIE (dua kanan) dan Madius (tiga kanan) menyaksikan Eugene (kanan) saling bertukar dokumen dengan Pang (tiga kiri) pada majlis itu.

“Saya gembira kerana penilaian Asia Pacific Exchange Pte Ltd (Apex) memilih Lahad Datu disebabkan potensinya sebagai Pelabuhan Tender ketiga untuk MSM dan Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Olein di Malaysia menunjukkan hasil positif.

“POIC Lahad Datu memainkan peranan penting ketika ini dalam menyokong usaha berterusan kerajaan negeri untuk membangunkan industri minyak sawit selain memudahkan pembangunan di pantai timur Sabah.

“Ini membuktikan kerajaan mentadbir dengan betul dan Sabah mempunyai banyak potensi untuk ditawarkan sebagai destinasi pelaburan yang menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran POIC Pangkalan Kargo Pukal Lahad Datu di sini pada Selasa.

Shafie berkata, menerusi usaha yang dilaksanakan itu, ia akan menghubungkan pemain industri tempatan dengan pembeli antarabangsa melalui Apex.

Selain itu, jelasnya, peniaga tempatan MSM dan Minyak Sawit Olein mempunyai lebih banyak pilihan serta dapat melihat harga produk mereka berdasarkan harga yang sentiasa dipaparkan pada platform Apex.

“Pilihan yang diperluaskan bagi pemain industri tempatan akan menjadikan harga yang lebih berpatutan untuk MSM dan Minyak Sawit Olein. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *