Ibu kandung bayi dicari, bantu urusan anak angkat

BABY ARIZ AIMAN
BABY ARIZ AIMAN

TUARAN: Jabatan Perkhidmatan Kebajian Am (JPKA) Tuaran sedang mengesan ibu bapa atau waris kepada seorang bayi lelaki berumur 11 bulan untuk urusan anak angkat oleh pasangan suami isteri.

Pelindung Ruhani Kiah berkata, bayi bernama Ariz Aiman itu dirujuk kepada pihaknya oleh pasangan suami isteri berkenaan yang ingin menjadikannya sebagai anak angkat mereka.

Menurutnya, bayi itu ditinggalkan kepada pasangan terbabit oleh seorang wanita berbangsa Suluk (ibu kandung bayi berkenaan) di Taman Puterajaya, Telipok pada waktu subuh 22 Julai 2018, meminta mereka membantu menjaga bayi berkenaan.

Ketika itu, bayi berkenaan baru berusia 1 bulan, bagaimanapun nama ibu tidak diperolehi.

Ruhani berkata, pasangan ini menunggu kedatangan ibu bayi itu semula tetapi beliau tidak muncul selepas itu.

Selama tempoh itu, pasangan ini menjaga bayi berkenaan seperti anak mereka sendiri dan berhasrat untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

Bagaimanapun menurut Ruhani, sebelum sebarang tindakan dapat diambil ke atas bayi berkenaan, pihaknya perlu mengesan ibu kandung atau mana-mana waris untuk membantu bagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan bayi terbabit.

Sehubungan itu, ibu kandung atau mana-mana waris bayi berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan memandangkan sehingga kini pihak JPKA tidak memperolehi sebarang maklumat mengenai ibu kandung bayi terbabit.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi Ruhani di talian 088-788630 atau datang terus ke Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Tuaran di bangunan Majlis Daerah Tuaran. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *