Wenddy Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Johor

WENDDY (tengah) diapit Frenerietta dan Hemeliza.

KOTA KINABALU: Wenddy Kukundu dari daerah Papar dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Johor tahun ini.

Tempat kedua dimenangi Frenerietta Sobitun dari Kampung Pahu, Tambunan manakala, ketiga dimenangi Hemeliza Lasayung dari daerah Tuaran.

Sementara itu, Geo Allen George dari Tambunan dipilih sebagai johan Sebatik Sugandoi KDCA Johor 2019.

Perayaan itu yang diadakan di Dewan Kompleks Tan Sri Rahmat Tampoi, Johor Baharu pada Sabtu telah dirasmikan oleh Setiausaha Sulit Ketua Menteri Sabah Francis Au.

Turut hadir ialah Pengerusi KDCA Johor Haris J Mintu serta Pengerusi Bersama Unduk Ngadau Negeri Sabah Joanna Kitingan dan Datuk Ramahjhan Sulaiman Khan.

532