ADUN Moyog wujudkan pejabat bergerak, dekati rakyat pedalaman

ADUN Moyog Jenifer Lasimbang mewujudkan sebuah pejabat bergerak bagi memenuhi keperluan rakyat di kawasan itu.

PENAMPANG, 18 Mei – Dalam usaha mendekati penduduk berada jauh di kawasan pedalaman, Anggota  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog Jenifer Lasimbang mewujudkan sebuah pejabat bergerak bagi memenuhi keperluan rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata ia bagi memastikan pembangunan yang dijalankan di Dun Moyog dalam daerah Penampang itu akan dapat dipantau dengan kerjasama daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

ADUN) Moyog Jenifer Lasimbang mewujudkan sebuah pejabat bergerak bagi memenuhi keperluan rakyat di kawasan itu.

“Oleh sebab itulah kita perlu MPKK yang bergerak dari satu kampung ke kampung lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat UPPM di Buhavan Square, di sini hari ini.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah hitu berkata DUN Moyog yang mempunyai 42 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing turut menguruskan beberapa buah kampung selain kampung yang sukar dihubungi melalui jalan raya.

ADUN Moyog Jenifer Lasimbang mewujudkan sebuah pejabat bergerak bagi memenuhi keperluan rakyat di kawasan itu.

Katanya dalam DUN Moyog juga masih terdapat kampung yang memerlukan lapan jam berjalan kaki untuk tiba di kampung berkenaan.

Dalam pada itu, Jenifer berkata pejabat UPPM dan ADUN juga diletakkan dibawah satu bumbung bagi memudahkan setiap urusan pentadbiran.

–BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *