Maritim Malaysia tahan bot kargo bawa 60 tan batu kerikil

BOT kargo membawa muatan 60 tan batu kerikil di tahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana disyaki melanggar syarat lesen, di kawasan perairan Tanjung Batu, Lahad Datu. – Foto Ihsan Maritim Malaysia.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot kargo yang sarat dengan muatan 60 tan batu kerikil di perairan Tanjung Batu, dekat sini, Jumaat lalu.

Timbalan Pengarah (Operasi), Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin, berkata bot kargo dikendalikan juragan tempatan bersama dua kru itu ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan pada jam 8 pagi.

BOT kargo membawa muatan 60 tan batu kerikil di tahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. – Foto Ihsan Maritim Malaysia.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati bot kargo bersama muatan batu kerikil itu dalam perjalanan ke Sungai Bergosong di Pulau Sebatik.

“Bagaimanapun, selepas diperiksa kita dapati nama juragan tidak sama dengan nama yang tertera pada lesen bot kargo berkenaan,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, susulan itu ketiga-tiga kru bot kargo terbabit yang berumur antara 25 hingga 51 tahun di tahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *