Dua Pemandu Cedera Dalam Kemalangan Di Jalan Papar-KK

PAPAR: Dua lelaki masing-masing mengalami kecederaan parah dan ringan dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan Perodua Bezza dan lori Isuzu milik City Link Express yang berlaku di Kampung Pengalat Kecil Papar, pagi tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri, Balai Bomba dan Penyelamat Papar menerima panggilan kecemasan melalui talian kecemasan pada pukul 6:08-pagi dan operasi diketuai Sulaiman Menin bersama 8-anggota telah ke lokasi kejadian bersama dua jentera.

Sumber /Foto : Bomba Negeri

Berdasarkan laporan, kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung dan pemandu kereta Perodua Bezza, Francisco Minson, 27-tahun tersepit di bahagian kaki dan telah dikeluarkan pihak bomba. Sementara, pemandu lori, Maxwell Bernard Sikayun, 39-tahun hanya mengalami cedera ringan.

Kedua-dua mangsa telah 
diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS dan seterusnya dibawa ke
hospital Papar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 6:30-pagi.

Sumber /Foto : Bomba Negeri
Sumber /Foto : Bomba Negeri
1536