PRK Sandakan: Usia bukan penghalang tunai kewajipan mengundi

Foto Bernama

SANDAKAN, 11 Mei – Berusia dan sakit kaki tidak menghalang seorang wanita berusia 90 tahun menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, hari ini.

Saripah Sarisah dari Kampung Ramai-Ramai berkata tua dan tidak kuat berjalan bukan alasan untuk tidak mengundi kerana hak rakyat untuk memilih wakil rakyat Sandakan 

“Saya tidak pernah sekali pun terlepas pergi mengundi kerana ini peluang lima tahun sekali dan nenek gembira dapat melalui pengalaman mengundi,” katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat 1 dan 2 di sini.

Saripah yang tiba di pusat mengundi pada 8 pagi itu berkata dia ke pusat mengundi berkenaan dengan menaiki bas bersama anak perempuannya dan terpaksa berjalan kaki sedikit apabila bas tidak dapat berhenti di depan pagar pusat mengundi kerana laluan jalan raya yang sesak.

“Naik bas atau jalan kaki sikit saja, nenek tidak kisah kerana mahu mengundi parti kesayangan nenek,” katanya.

Setakat pukul 11 pagi, tinjauan Bernama mendapati pengundi kaum Cina lebih ramai keluar di sebelah pagi dan dijangka pengundi Melayu akan keluar selepas pukul 1 petang.

 — BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *