Ops Ramadan: 9 Peniaga Diberi Notis Dan Dikompaun Jabatan Kesihatan

Foto Facebook Page BESTAWAUfm

TAWAU – Hasil pemeriksaan keatas 36 premis makanan, Pejabat Kesihatan Persekitaran Kawasan (PKPK) Tawau mengeluarkan sembilan notis 32B atas pelbagai kesalahan selepas menjalankan operasi Ops Ramadan di Tapak Bazar Fujimart Jalan Chong Thien Vun Tawau, kelmarin.

Pegawai Kesihatan Persekitarannya, Rahman Sampe berkata, daripada jumlah itu, enam notis dikeluarkan atas perkara 3(1) kerana peniaga didapati tidak mendaftarkan premis makanan, dua kesalahan dikesan atas perkara 8(1)(b) kerana tidak mempamerkan perakuan pendaftaran premis makanan dan satu kesalahan atas perkara 32(1)(b) kerana tidak mematuhi kehendak berhubung pakaian pengendalian makanan.

Foto Facebook Page BESTAWAUfm

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas menjalankan Op Ramadhan 1/2019 di Tapak Bazar Fujimart, Jalan Chong Thien Vun Tawau.

Katanya, kesemua peniaga berkenaan di kompaun sebanyak 200-ringgit hingga 1-ribu ringgit mengikut kesalahan yang dilakukan.

Jelas Rahman, operasi sama akan dijalankan secara berterusan melibatkan bazar-bazar ramadan di seluruh daerah Tawau sepanjang bulan ini bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan terutamanya dalam aspek kebersihan pengendalian makanan.

Foto Facebook Page BESTAWAUfm

Tinjauan RTM di sekitar bazar berkenaan mendapati rata-rata peniaga telah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan PKPK, selain memastikan keselamatan dan kebersihan di tapak Bazar Ramadan terjamin.

Sementara itu, para pengunjung yang ditemui juga berpuas hati dengan tahap kebersihan di bazaar terbabit.

Operasi yang diketuai oleh Rahman bersama 27 penguatkuasa kesihatan itu berlangsung selama hampir tiga jam bermula pukul 3 petang.
Sumber – BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *