Kementerian promosi Sandakan ke peringkat global

LIEW ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Perdana di Sandakan. – Foto Christina Liew Page

SANDAKAN: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah memulakan kempen untuk mempromosi Sandakan di peringkat antarabangsa, kata Menterinya Datuk Christina Liew.

Bercakap pada Ceramah Perdana yang menyokong calon DAP, Vivian Wong, di Sandakan pada Rabu, beliau berkata usaha itu telah dicapai melalui pelancaran Pakej Pantai Timur ketika World Travel Mart (WTM) di London, November tahun lalu.

“Cik Kate Humble, seorang penyampai BBC terkenal yang juga hadir di WTM bagi bercakap kepada media UK mengenai pengalamannya semasa di Sandakan. Beliau berada di sini pada Jun tahun lepas untuk lawatan dihoskan oleh STB.

“Sebagai tambahan, kami juga telah bekerjasama dengan Malaysia Airlines dan Singapore Airlines untuk membawa 30 ejen pelancongan dari UK bagi lawatan pengenalan di Sandakan, tahun lalu,” katanya.

Liew yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata sejak 2018 hingga sekarang, Sabah telah membawa 46 penulis dalam talian dan bercetak dari UK, Eropah, Hong Kong, Brunei, Filipina dan Semenanjung Malaysia ke Sandakan.

“Selain penulis, kami juga memudahkan permohonan permit bagi 11 syarikat produksi dari Amerika Syarikat, UK, Singapura, Australia, China Hong Kong dan Semenanjung Malaysia untuk membuat rakaman dokumentari dan pelancongan di Sandakan,” katanya.

Menurut Liew, pasukan digital STB juga terlibat dengan individu berpengaruh media sosial di Sandakan sebagai usaha mempromosi daerah ini secara digital dengan pengisiannya dihasilkan sendiri oleh orang tempatan.

“Sehingga kini, kami telah menghasilkan lima video berkenaan Sandakan yang mana dua daripadanya dihasilkan oleh individu berpengaruh di media sosial. Sementara, sebuah lagi video dihasilkan oleh syarikat tempatan Sandakan,” jelasnya. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *