Dua maut dalam kemalangan di Jalan Kelawat-Kota Belud

Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut.- Foto Bomba Negeri

KOTA KINABALU, 6 Mei – Dua lelaki maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kelawat-Kota Belud kira-kira 5.45 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata kedua-dua mangsa yang menaiki Perodua Bezza disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian. 

Foto Bomba Negeri Sabah

“Bagaimanapun pemandu pacuan empat roda berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan kes itu  kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

JBPM Sabah berkata pihaknya menerima pangilan mengenai kejadian itu pukul 5.51 pagi dan sebuah jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba Kota Belud dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.37 pagi. 

— BERNAMA

Foto Bomba Negeri Sabah
Foto Bomba Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *