Tiga Lelaki Palauh Melakukan Pengeboman Ikan Ditahan

Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

SEMPORNA; 1 MEI 2019 (Rabu) – Anak-beranak antara Tiga Palauh lelaki yang ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna di kawasan laut Pulau Bum-Bum selepas dipercayai melakukan aktiviti mengebom ikan, Kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Pajeri Ali berkata, bertindak atas maklumat Unit Risikan Marin (URM), kesemua mereka ditahan selepas dua perahu yang dinaiki dikesan melakukan aktiviti itu kira-kira pukul 5.30 hingga 5.45 petang.

Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Pemeriksaan di dalam ruangan kedua-dua perahu tersebut telah menemukan pelbagai jenis ikan masing-masing 15 dan 8 Kilogram 
disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan.

Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Tangkapan berumur 18 hingga 50 tahun dan rampasan bernilai lebih 9-ribu ringgit seterusnya dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk siasatan dibawah Seksyen 47 (1)(d) Akta Perikanan 1985.

Sumber : Facebook page#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *