Pelajar Tingakatan Tiga Terjatuh Dari Bagunan Pusat Beli-Belah

PENAMPANG: Seorang pelajar lelaki cedera parah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat beli-belah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintenden Mohd Haris Ibrahim berkata mangsa merupakan pelajar tingkatan tiga di salah sebuah sekolah menengah di sini.

Foto yang tular dilaman sosial menunjukkan mangsa terbaring di jalan raya sebelum ketibaan pasukan perubatan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat beli belah di Penampang. Gambar SNT/Sosial Media

“Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.57 malam dari orang awam.

“Siasatan awal mendapati mangsa seorang diri berlari lalu terjatuh dari tingkat tiga bangunan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Haris, mangsa yang ditemui dalam keadaan terbaring itu mengalami kecederaan serius pada kaki dan tangan serta mengalami pendarahan dalaman.

“Mangsa kemudiaannya terus dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth,” tambahnya.

Siasatan masih dijalankan. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *