Kerajaan Lulus Projek RM2.28 Bilion Di Sandakan

Guan Eng ingatkan tentang projek RM2.28 bilion di Sandakan

Kerajaan pusat meluluskan 49 projek pembangunan bernilai RM2.28 bilion di daerah Sandakan, Sabah.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata antara projek itu ialah rancangan tebatan banjir Sungai Anip (RM40 juta) dan projek pembesaran lapangan terbang Sandakan (RM80 juta).

“Kesejahteraan ekonomi yang berterusan adalah sasaran utama yang bakal memanfaatkan hampir 400,000 penduduk di daerah Sandakan,” katanya yang juga setiausaha agung DAP.

“Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan secukupnya di daerah Sandakan agar pembangunan ekonomi terus berkembang sebagai salah satu pusat perniagaan yang berdaya maju di sebelah timur negeri Sabah.”

Bagaimanapun pengumuman itu bukan perkara baru kena telah diumumkan dalam belanjawan sebelum ini.

Pilihan raya kecil Sandakan akan berlangsung pada 11 Mei, kurang tiga minggu dari sekarang.

Setakat ini Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Reformasi Negeri (Star) telah mengesahkan akan bertanding pada PRK Sandakan.

Dalam pilihan raya umum lalu calon DAP Wong Tien Fatt mengalahkan calon LDP Lim Ming Ho. – FMT

124