Wanita Mengandung Cedera Parah, Kemalangan Di Jalan Koguraan

KOTA BELUD: Seorang wanita mengandung cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Koguraan, hari ini.

Melalui kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kemalangan tersebut membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang terbabas sendiri.

Keadaan kenderaan berkenaan yang termasuk ke dalam parit. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Ketika kejadian, pemandu kenderaan seorang wanita berumur 40 tahun hilang kawalan sehingga terbabas lalu jatuh ke dalam parit di tepi jalan.

Akibat daripada kemalangan itu, mangsa, 31, bersama pemandu terperangkap di dalam kenderaan terbabit.

Pihak bomba membantu mangsa keluar dr kenderaan tersebut. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Bagaimanapun, pemandu itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Sementara itu, PGO menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 10.17 pagi dan menggegaskan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud ke tempat kejadian melalui jarak 20 kilometer dari balai.

Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 10.46 pagi. –SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *