Polis tahan 4 kapal nelayan di perairan Kuala Kinabatangan

SANDAKAN: Polis Marin di sini menahan empat kapal nelayan kerana menjalankan aktiviti menangkap udang menggunakan pukat tunda di perairan Kuala Kinabatangan, Sabtu lepas.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata empat kapal itu ditahan antara pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi semasa Operasi Pensura.

Katanya, empat kapal ini menjalankan aktiviti menangkap udang menggunakan pukat tunda kurang dua batu nautika dari pesisir yang mana diharamkan oleh undang-undang Perikanan Malaysia.

“Pemeriksaan mendapati kapal itu dikendalikan oleh dua juragan tempatan, seorang juragan status penduduk sementara dan seorang lagi pemegang pasport

“Selain itu, kami juga menahan tiga anak kapal. Kesemua mereka berumur antara 33 hingga 54 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Menurut kenyataan itu, polis turut merampas 150 kilogram udang daripada kesemua kapal tersebut yang dianggarkan bernilai RM1,815. 

Kesemua juragan dan anak kapal bersama-sama kapal mereka dibawa ke Pangkalan Operasi Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perikanan 1985 di mana untuk kesalahan pertama, pemilik kapal akan didenda RM500, RM1,000 untuk kali kedua dan RM1,500 untuk kali ketiga. – Harian Ekspress

167