Maut kereta terbabas masuk parit

LELAKI maut selepas kereta dipandu terbabas masuk parit. FOTO IHSAN POLIS

LELAKI maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Kilometer 13, Jalan Beaufort-Sipitang, Kampung Bakau, Beaufort, pagi hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa Jainie Mohd Yusoff, 54, disahkan meninggal dunia di Hospital Beaufort akibat kecederaan pada badannya.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Beaufort menghala ke Sipitang.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Proton Persona dipandu mangsa gagal dikawal sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Beaufort sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Azmir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Harian Metro

132