Remaja diperkosa 6 lelaki, bergilir-gilir

Gambar Hiasan

PELAJAR perempuan menempuhi detik hitam apabila menjadi mangsa nafsu buas enam lelaki, termasuk kenalannya sendiri di pangsapuri di Putatan, Penampang, Ahad lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun dikatakan keluar bersama kenalannya dan beberapa lelaki di Putatan.

Seorang daripada rakan kenalannya itu kemudian memberi minuman keras sehingga mangsa mabuk sebelum dibawa ke pangsapuri di sekitar Putatan.

Selepas itu, mangsa tidak sedar apa yang berlaku pada dirinya. Sebaik mangsa sedar dapati dirinya dalam keadaan bogel bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat oleh mangsa.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan siasatan masih dijalankan.

“Berdasarkan laporan itu, sepasukan polis menahan lima lelaki yang disyaki terbabit untuk membantu siasatan.

“Polis masih menjalankan siasatan, termasuk mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *