Gempa Bumi 3.0 Skala Richter Gegar Sekitar Ranau Sebentar Tadi

Jabatan Meteorologi mengeluarkan laporan gegaran telah berlaku di Ranau, Sabah disebabkan oleh gempa bumi berskala Richter 3.0 pada jam 1.46 petang tadi.

Mengikut gambaran yang dikongsi, gegaran dikatakan dirasai sekitar Ranau, Kundasang dan Gunung Kinabalu.

Gempa bumi lemah telah berlaku di Ranau, Sabah pada jam 1:46 petang, 28 Mac 2019

Koordinat : 6.1° Utara dan 116.6° Timur
Magnitud : 3.0 skala Richter
Jarak : 13km Barat Laut dari Ranau,Sabah
Kedalaman : 5 km

Gegaran mungkin dirasai di sekitar Ranau. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.MMD.

#gempabumiMMD
#mygempa.met.gov.my

20