ESSCOM Nafi Terlibat Kutip Derma Untuk Kepentingan ESSCOM

DCP Datuk Hazani Ghazali

LAHAD DATU; 26 MARCH 2019 (Selasa) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) hari ini membuat penafian berhubung kegiatan mengutip derma yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Komandernya, DCP Datuk Hazani Ghazali dalam kenyataan berkata ESScom tidak pernah terlibat atau melaksanakan sebarang majlis termasuklah meminta sumbangan berupa wang tunai.

Beliau berharap agar orang awam membuat laporan polis ataupun melaporkan kepada ESScom sekiranya pertubuhan berkenaan meminta derma dengan alasan bagi tujuan kegunaan ESScom.

Katanya, tindakan Undang-undang akan diambil sekiranya terdapat laporan daripada orang awam.

Terdahulu, tular di WhatsApp berkenaan pertubuhan itu meminta derma 15-ribu untuk menjadikan mangsa sebagai ahli kehormat dengan pemasangan badge di flat kenderaan serta membuat majlis bersama ESScom.

Sumber : Facebok Page BESTAWAUfm

8