Warga asing kena cekup tangkap ikan tanpa lesen

Pasukan Polis Marin menahan tujuh lelaki warga asing termasuk seorang nelayan yang menggunakan pukat tanpa lesen dalam ‘Op Gelora Khas’ di kawasan perairan Tinagat di Tawau. – Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

TAWAU: Tujuh lelaki warga asing termasuk seorang nelayan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana disyaki menangkap ikan menggunakan pukat tanpa kelulusan Jabatan Perikanan di kawasan perairan Tinagat dekat sini, semalam.

Mereka ditahan oleh sepasukan anggota PPM yang menjalankan ‘Op Gelora Khas’ di kawasan perairan terbabit antara jam 11 hingga 11.30 pagi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata pemeriksaan ke atas bot laju dikendalikan nelayan berumur 30 tahun mendapati suspek menggunakan pukat jenis tiga lapis, selain tiada lesen menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan dua lagi juragan bersama empat awak-awak, masing-masing menggunakan dua bot pam di kawasan perairan sama.

Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua mereka yang berasal dari Kampung Halo, Semporna dan berumur antara tiga hingga 29 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Tangkapan dan rampasan, termasuk bot serta enjin sangkut dianggarkan berjumlah RM10,800 dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Kes masing-masing disiasat mengikut Seksyen 11 (3)(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Berita Harian

Pasukan Polis Marin menahan tujuh lelaki warga asing termasuk seorang nelayan yang menggunakan pukat tanpa lesen dalam ‘Op Gelora Khas’ di kawasan perairan Tinagat di Tawau. – Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Pasukan Polis Marin menahan tujuh lelaki warga asing termasuk seorang nelayan yang menggunakan pukat tanpa lesen dalam ‘Op Gelora Khas’ di kawasan perairan Tinagat di Tawau. – Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *