32 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran

32 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di kawasan kampung air sandakan awal pagi tadi – Foto Ihsan Pembaca

SANDAKAN : 32 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di kawasan kampung air sandakan awal pagi tadi


Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran  tersebut pada jam 5.28 pagi melalui panggilan kecemasan.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan yang diketuai oleh PgB Anddre bin Andrew bersama 19 orang anggota dengan menggunakan 3 buah jentera dan sebuah EMRS serta sebuah kenderaan Utiliti toyota hilux bergegas ke lokasi kebakaran.

Menurut ketua operasi kebakaran melibatkan 32 buah rumah jenis tidak kekal telah musnah sepenuhnya dalam kejadiankkebakaran tersebut dengan anggaran keluasan keseluruhan 2 ekar.

Terdapat seorang mangsa lelaki yang cedera melecur di bahagian tangan dan telah mendapat rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum di hantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

operasi terkawal pada pukul 6.30 pagi dan Operasi pemadaman api masih dijalankan sehingga api padam sepenuhnya

Maklumat operasi akan di kemaskini dari masa ke semasa dalam kenyataan tersebut

Foto Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *