Surirumah rugi RM18,000 ditipu ‘juru audit’

MANGSA menunjukkan laporan polis yang dibuat ketika menemui Jason (kiri) dan Stanley (kanan) baru-baru ini.

SANDAKAN: Seorang surirumah tempatan di sini menjadi mangsa penipuan dalam talian sehingga mengalami kerugian wang simpanan sebanyak RM18,000.

Mangsa yang ditipu beberapa hari lalu telah datang ke Pusat Khidmat DUN Elopura dan berkongsi masalahnya dengan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Elopura, Jason Pang dan Pemaju Mukim Elopura Stanley Tan pada Jumaat.

Mangsa memberitahu dia telah menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai juru audit.

“Pemanggil itu memberitahu akaun bank saya telah digunakan oleh sebuah syarikat yang mempunyai hutang GST sebanyak RM51,076. Akaun bank saya juga dikatakan digunakan untuk penggubahan wang haram.

“Untuk meneruskan siasatan, saya telah diminta untuk memindahkan kesemua duit ke akaun pemanggil itu. Saya diberitahu duit saya akan dipulangkan semula jika saya bersih dari sebagai aktiviti penggubahan wang haram,” katanya.

Selepas memindahkan wang itu ke sebuah akaun tidak dikenali, mangsa telah memberitahu ahli keluarganya mengenai insiden itu dan seterusnya membuat laporan polis.

Mangsa hanya mengetahui dia telah ditipu setelah membuat laporan polis di balai polis terdekat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati terutama dengan panggilan yang tidak dikenali serta peka dengan isu semasa berkaitan penipuan dalam talian. – Utusan Borneo

86