Tujuh individu ditahan disyaki memiliki dadah

GAMBAR HIASAN

KOTA KINABALU, 15 Mac – Polis memberkas tujuh individu dipercayai memiliki dadah jenis syabu dan ganja dalam beberapa serbuan di sekitar Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata pada 9 dan 13 Mac lalu, polis menahan lima individu termasuk dua warga asing kerana memiliki dadah jenis syabu.

Beliau berkata dalam serbuan di kawasan Inanam dan Kampung Cenderkasih itu polis turut merampas syabu seberat 18.95 gram.

“Sementara pada 10 dan 11 Mac lalu, polis telah menahan dua individu di kawasan bandar raya dan kampung Tanjung Aru Lama antara jam 11 malam dan 12.30 tengah malam,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, polis turut merampas tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja dianggarkan seberat 169 gram.

Nilai keseluruhan rampasan itu berjumlah RM8,660 dan semua individu berumur lingkungan 23 hingga 39 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 39A(1)  serta Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *