246 Rumah Ditanda Merah, 5 Penagih Dadah Ditahan

Gambar Facebook Page BESTAWAUfm

TAWAU; 14 MARCH 2019 (Khamis) – Sebanyak 246 rumah telah ditanda Merah kerana dibina tiada kebenaran pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di Kampung Titingan iaitu langkah berterusan operasi pemutihan di kampung-kampung setinggan dan kawasan hotspot di daerah Tawau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, sebanyak 352 rumah telah diperiksa menerusi operasi ‘op sarang khas’, manakala sebanyak 116 rumah yang lain telah ditanda Putih merupakan rumah yang dibina dengan kebenaran MPT.

Beliau berkata, pihak Polis turut mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampung yang turut disertai oleh ketua kampung bertempat di Pondok Polis Titingan bagi menerangkan tujuan ‘Operasi Sarang Khas’ dijalankan.

Menerusi pertemuan itu, penduduk kampung turut dijelaskan pemeriksaan Polis terhadap orang awam turut dilengkapi sistem ‘Mobile Interpol Network Device’ (MIND).

Selain itu, turut dijelaskan bahawa IPD Tawau telah mengabungkan ‘Operasi Sarang Khas’ di kawasan hotspot dan ‘Operasi Maharlika 2’ secara Bersepadu dengan penglibatan pelbagai agensi-agensi penguatkuasaan lain di daerah Tawau.

ACP Fadil berkata, Operasi Sarang yang dijalankan bermula pukul 8 pagi dan berakhir 1 tengahari itu telah berjaya menahan lima individu kerana terlibat dengan Penyalagunaan Dadah.

Kesemua individu berkenaan ditahan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan salah seorang dari suspek turut disiasat dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Operasi selama lima jam itu disertai 19 pegawai dan 121 anggota dari pelbagai agensi penguatkuasa termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), ESSCOM, Interpol Bukit Aman D12, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Sukarelawan PDRM.

Sumber Facebook Page BESTAWAUfm

Gambar Facebook Page BESTAWAUfm
Gambar Facebook Page BESTAWAUfm
Gambar Facebook Page BESTAWAUfm
Gambar Facebook Page BESTAWAUfm
359