PENAMPANG: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Kampung Peringatan, Petagas tengah hari semalam ditemukan hari ini.
Mangsa, Muhammad Alwadi Abdullah, 3, dijumpai di sungai berhampiran Kampung Ganang sekitar pukul 4.28 petang oleh orang awam kira-kira dua kilometer dari tempat kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang.
Menerusi maklumat diberikan, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bergegas ke lokasi penemuan bersama ayah mangsa bagi proses pengecaman.
Ayah mangsa mengesahkan mayat kanak-kanak ditemui itu adalah anaknya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, kanak-kanak malang berkenaan dipercayai terjatuh di longkang besar yang terdapat di kampung itu seleoas penemuan selipar mangsa berada di tepi longkang terbabit.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama pasukan penyelamat di air (PPDA) dilaksanakan dilokasi kejadian untuk mencari mangsa sehingga petang ini. – SabahNews Today