Cubaan Dua Lelaki Seludup Barang Runcit, Makanan Sejuk Beku Ke Indonesia gagal

APMM Tawau menahan dua lelaki ketika cuba menyeludup keluar pelbagai barangan runcit ke Indonesia melalui perairan Tanjung Doris, Tawau. – Gambar Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm/ Maritim Malaysia

TAWAU – Cubaan menyeludup keluar barangan runcit dan makanan sejuk beku ke Indonesia gagal selepas dua lelaki ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau di perairan Tanjung Doris, Tawau, Isnin lepas.

Timbalan Pengarah Zon Operasi Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata dalam kejadian 8.30 malam itu, dua lelaki itu ditahan selepas menjuragani sebuah bot jongkong dipercayai menuju ke Pulau Nunukan pada kedudukan 0.9 batu nautika Timur perairan terbabit.

Pemeriksaan mendapati muatan barangan di bot jongkong berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tawau.

Beliau berkata, barangan dan bot jongkong yang dirampas dianggarkan bernilai kira-kira 100-ribu ringgit.

Kedua-dua lelaki masing- masing berumur 32 dan 48 tahun itu ditahan untuk siasatan di bawah Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, Komander Maritim Mohd Yusri menyarankan orang awam agar memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan salah laku jenayah maritim menerusi Pusat Operasi, Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999.

Sumber #BESTAWAUfm

APMM Tawau menahan bot jongkong yang membawa barangan runcit cuba diseludup ke Indonesia melalui perairan Tanjung Doris, Tawau – Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm
APMM Tawau menahan dua lelaki ketika cuba menyeludup keluar pelbagai barangan runcit ke Indonesia melalui perairan Tanjung Doris, Tawau. – Gambar Gambar Facebook Pages BESTAWAUfm/ Maritim Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *