Warga emas maut dalam kemalangan langgar lari

GAMBAR FACEBOOK PAGES BESTAWAUfm

LAHAD DATU: Seorang pejalan kaki warga emas tempatan maut dalam insiden langgar lari di Kilometer 12 Jalan Lahad Datu-Tawau pada Isnin.

Ketika kejadian, mangsa, 63, yang tinggal di Kampung Silam sedang berjalan kaki di sebelah kiri arah Tawau manakala sebuah kenderaan dari arah Lahad Datu ke Tawau kira-kira jam 7 pagi.

Ketika melintas jalan dari arah bahu kiri jalan, mangsa tiba-tiba dilanggar sebuah kenderaan hingga tercampak ke bahu jalan sebelah kanan arah Tawau.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan mangsa melintas jalan tanpa mengambil langkah berhati-hati.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Hospital Lahad Datu yang datang di lokasi kemalangan.

“Hasil ujian toksiologi ujian darah tidak menunjukkan mangsa mabuk dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

GAMBAR FACEBOOK PAGES BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *