‘Budak kerbau’ Mohd Syukur masuk wad kecemasan

“DIA jatuh pagi hari ini, kira-kira 8 pagi, ketika sedang jalani sesi fotografi bersama jurugambar dari Pulau Pinang,” kata Mohd Alias Khamis, 29, abang kepada ‘Mowgli Malaysia’, Mohd Syukur Khamis.

Mohd Syukur dikatakan terjatuh ketika melompat dari belakang seekor kerbau untuk ke seekor kerbau lagi.

Bercakap kepada wartawan di perkarangan Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, malam ini, Mohd Alias berkata, selepas terjatuh, adiknya itu mengadu pening kepala sebelum termuntah.

“Saya suruh dia berehat dan petang tadi sempat mengikut saya keluar ke bandar raya Kuala Terengganu.

“Bagaimanapun, ketika hampir Maghrib tadi dia muntah lagi dan kami sekeluarga ambil keputusan menghantarnya ke HSNZ untuk membuat pemeriksaan.

“Buat masa ini keadaannya masih belum diketahui dan saya diberitahu dia sedang menjalani prosedur imbasan kepala,” katanya. – Harian Metro

257