Lelaki Patah Kaki Treler Bertembung Jentolak Di Kinabatangan

Treler penuh muatan sawit bertembung sebuah jentera di Jalan Paris Satu, Kinabatangan. Gambar Ihsan Bomba

KINABATANGAN: Seorang lelaki cedera patah kaki selepas treler penuh muatan kelapa sawit dipandunya bertembung sebuah jentolak di Jalan Paris Satu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, mangsa, Umar [email protected], 47, cedera parah pada bahagian kaki dipercayai akibat tersepit di bahagian pemandu manakala pemandu jentolak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba Kinabatangan, David Wong berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan terbabit pada jam 10 pagi melalui talian kecemasan 999.

David berkata beliau bersama tiga anggota dan sebuah jentera daripada Balai Bomba Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi menyelamat.

“Setibanya di tempat itu, kita mendapati ada seorang lelaki mengalami kecederaan patah kaki akibat kemalangan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.22 pagi,” katanya. -SabahNews Today

Pemandu treler dimasukkan ke dalam ambulan di Jalan Paris Satu, Kinabatangan. Gambar Ihsan Bomba
Anggota bomba dan pegawai perubatan bertugas menyelamatkan seorang lelaki yang patah kaki kiri selepas treler pandunya bertembung sebuah jentolak dalam kemalangan di Jalan Paris Satu, Kinabatangan. Gambar Ihsan Bomba
128