Dua Cedera Dalam Kemalangan Di Jalan Kimanis-Keningau

Keadaan kereta Navara yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau

KENINGAU: Dua individu mengalami cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Kimanis pagi tadi

Kemalangan yang melibatkan dua kenderaan jenis pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax membabitkan seorang pemandu dan penumpang cedera ringan, manakala pemandu kereta Nissan Navara tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Pusat Operasi Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 7:30 pagi melalui panggilan kecemasan MERS999 dan bergegas ke tempat kejadian.

Pasukan Balai Bomba Penyelamat Kimanis dengan kekuatan 8 anggota yang diketuai oleh PBK2 Nazir Che Lah mengguna sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian sekali gus berjaya menamatkan operasi dengan tangkas tanpa menggangu pengguna jalan raya yang lain.

Menurut laporan ketua operasi pemandu dan penumpang kereta isuzu Dmax mengalami cedera ringan telah dikeluarkan oleh orang awam dan mendapat rawatan awal dari pihak bomba

Operasi selesai pada jam 8.08 pagi, mangsa cedera dihantar ke Hospital oleh pihak ambulance untuk rawatan lanjut.

Pihak bomba telah membuat pemeriksaan sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada serpihan yang merbahayakan pemandu lain.

Pihak bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang cedera
Keadaan kereta D-Max yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau
419