JHL Tawau pasang perangkap buaya

Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bunga Raya, Chung Siang Ying (empat dari kiri) memantau kakitangan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau melakukan proses pemasangan perangkap buaya, di kawasan perparitan Jalan Sin Onn. Ihsan PKM Sri Tanjong

TAWAU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau memasang perangkap besi di parit Jalan Sin Onn di sini bagi menangkap dua ekor buaya susulan aduan penduduk Taman Fook On mengenai kelibat haiwan liar itu.

Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bunga Raya, Chung Siang Ying berkata kerjasama pantas JHL Tawau itu adalah yang terbaik dan tepat sebagai respon terhadap aduan penduduk Taman Fook On yang khuatir haiwan reptilia itu memasuki kawasan kediaman.

“Mereka (penduduk) risau jika hujan dan berlaku banjir kilat, buaya ini masuk ke kawasan kediaman.

Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bunga Raya, Chung Siang Ying (empat dari kiri) memantau kakitangan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau melakukan proses pemasangan perangkap buaya, di kawasan perparitan Jalan Sin Onn. Ihsan PKM Sri Tanjong

“Berdasarkan aduan penduduk, ada waktu tertentu dua ekor buaya ini muncul di  permukaan air  untuk  berjemur dan hilang apabila (berasa) ada ancaman,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Chung dalam pada itu berharap operasi menangkap buaya tersebut berjaya dan orang ramai dinasihat menghubungi segera JHL Tawau di talian 089-763139 jika terlihat buaya tersebut.

Berdasarkan maklumat penduduk setempat, kelibat buaya itu  kelihatan sejak tiga bulan lalu. – UtusanBorneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *