Pelajar Sekolah Tahun Enam Parah Dirempuh Van

Gambar Facebook BES TAWAUfm

TAWAU; 27 FEBRUARI 2019 (Rabu) – Seorang
murid tahun enam Cedera dirempuh sebuah van dalam kejadian di Batu 5 Jalan Apas, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, dalam kejadian 3.20 petang itu, mangsa dipercayai telah melintas jalan sebelum dirempuh sementara empat rakannya berpatah semula ke pembahagi jalan.

Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tawau oleh pemandu van berumur 47 tahun untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa yang mengalami Pendarahan di kepala dan kecederaan di perut serta paru-paru itu kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Facebook BESTAWAUfm

Van jenis Grandmax kemek dibahagian depan. Gambar Facebook BES TAWAUfm