Polis Gempur Hotspot Dadah, Tahan 17 Individu Termasuk Dua Pengedar

Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm

TAWAU; 26 FEBRUARI 2019 (Selasa) – Polis berjaya menahan 17 individu termasuk dua pengedar dadah yang dipercayai aktif menjalankan aktiviti berkenaan selepas menggempur hotspot Dadah di sekitar Batu-4 Jalan Apas, Tawau malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, kesemua 16 lelaki dan seorang wanita berumur 18 hingga 51 tahun itu ditahan diantara jam 11.30 malam ahad hingga 7 pagi kelmarin menerusi operasi ‘Ops Sarang’.

Beliau berkata kesemua lima warga Tempatan, 10 warga asing serta dua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) itu ditahan atas kesalahan Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) Dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, polis turut merampas 15.1 gram Dadah jenis Syabu dengan anggaran nilai 1-ribu 400-ringgit dalam serbuan tersebut.

Menurut ACP Fadil, operasi itu dijalankan bagi mengesan sindiket pengedaran Dadah yang berlaku di Kawasan berkenaan bagi tujuan memastikan kegiatan penyalahgunaan Dadah Dapat dibanteras sepenuhnya.

Seramai 16 pegawai dan 88 anggota dari pelbagai penguatkuasa termasuk Jabatan Kastam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyertai operasi terbabit.

SUMBER : FACEBOOK PAGES #BESTAWAUfm

Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *